reel image

About

HI! KAMI ROSEBAY CREATIVE – perkhidmatan Photo Booth Malaysia
Walaupun servis photo booth Malaysia baru sahaja trending, kami di Rosebay Creative telah bermula pada tahun 2008 lagi. Kami bermula dengan memenuhi permintaan photo booth dan guestbook untuk keluarga dan sahabat terdekat. Dengan permintaan yang lebih tinggi, kami membuat keputusan untuk meluaskan perniagaan kami, supaya dapat menjadi servis photo booth Malaysia yang terunggul.

Rosebay Creative membawa sebuah servis photo booth dan guestbook yang ringkas dan mudah, dimana tetamu anda dapat mengambil gambar dan tinggalkan pesanan ringkas didalam guestbook kami, yang akan menjadi kenangan indah untuk anda. Servis photo booth kami sesuai untuk majlis seperti perkahwinan, makan malam korporat, harijadi dan sebagainya. Pernahkah anda melihat servis photo booth perkahwinan? Itulah yang kami tawarkan di Rosebay Creative untuk anda.

KENAPA ROSEBAY CREATIVE?
Sudah semestinya anda ada banyak pilihan servis photo booth Malaysia. Apa yang kami ada di Rosebay Creative, kami dapat menawarkan kepada anda adalah sebuah servis yang menyeluruh, dimana kami akan menentukan keinginan anda, dari segi design photo strips, backdrop, props dan sebagainya. Dari situ, kami dapat gambarkan citarasa anda untuk hari istimewa nanti. Kami menitik-beratkan servis yang berkualiti dan juga kepuasan pelanggan.

Pada hari istimewa anda nanti, kami akan memerlukan sedikit ruang untuk photobox dan photobooth kami. Ruang ini akan dijadikan sebagai tempat untuk tetamu mengambil gambar dengan pasangan, kawan-kawan ataupun keluarga. Gambar-gambar yang diambil akan dicetak serta-merta, dalam pelbagai saiz yang telah ditentukan oleh anda. Kami menawarkan saiz gambar seperti photostrips, 4R dan 5R. Pada penghujung majlis, guestbook yang telah dipenuhi dengan gambar, tandatangan dan coretan tetamu anda akan diberikan kepada anda.

PHOTOBOOTH KAMI MURAH?

Kami menawarkan servis photo booth Malaysia dengan pelbagai pilihan pakej. Kami memahami keperluan dan batasan pelanggan kami, jadi tidak perlu risau. Hubungi kami untuk berbincang supaya kami dapat menentukan servis photo booth yang sesuai untuk anda. Jadikan hari istimewa anda lebih bermakna dengan kami di Rosebay Creative!